Anak-anak amanah Allah. Kita kongsi bersama doa-doa untuk anak-anak. Semoga kita semua beroleh rahmat dan segala hajat diperkenankan Allah.Amin.
1. Doa memohon Rahmat,
surah Ali-Imran, ayat 8-9.
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُرَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
2. Doa mohon zuriat yang baik,
surah Ali-Imran (ayat 38).
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
surah As-Saafat (ayat 100).
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)
3. Doa anak tetap mengerjakan solat,
surah Ibrahim (ayat 40-41).
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُرَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan
4. Doa anak agar taat kepada Allah,
surah Al-Baqarah (ayat 128).
رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
5. Doa anak pandai belajar,
surah Al-Anbiya (ayat 79).
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan burung-burung, semua bertasbih memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.
6. Doa anak lembut hati,
surah Al-Anbiya, (ayat 69)
Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".
atau
Al-Hasyar (ayat 22-24).
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.
AJARKAN ANAK-ANAK DOA UNTUK IBUBAPA
7. Doa anak untuk ibu bapa,
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.
HALIMUDDIN CHONGGE
Assallamu alaikum ww dan salam sejahtera, Selamat datang ke blog ini. Semoga perkongsian maklumat dalam blog ini memberikan manafaat untuk kita bersama. Terima kasih. HALIMUDDIN CHONGGE halimchong@yahoo.com
Saturday, January 26, 2013
Friday, March 25, 2011
DOA KESYUKURAN
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
BISMILLAHINRAHMANIRRAHIM.
ALHAMDULIILAHI RABBIL ALAMIN. WASSALATU WSSALAMU……..
HAMDAM YUAFINI NIAMAHU WAYUKAFIU MAZIDAH. YA RABBANA LAKAL HAMDU KAMA YAMBAGILIJAJALI WA ADZIHI SULTANIK.
YA ALLAH, PADA PAGI YANG MULIA INI KAMI MENADAH TANGAN MEMOHON PETUNKJUKMU UNTUK KAMI MENERUSKAN KEHIDUPAN INI UNTUK KEMAJUAN DIRI, KELUARGA, NEGARA DAN AGAMA KAMI.
KAMI BERSYUKUR ATAS NIKMAT KESIHATAN, KEDAMAIAN, KESELAMATAN SEHINGGA KAMI KAMI DAPAT HIDUP DENGAN AMAN DAN DAMAI DAPAT MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG DIAMANAHKAN KEPADA KAMI.
KAMI MEMANJATKAN SYUKUR…………ATAS NIKMAT KURNI A YANG ENGKAU BERIKAN KEPADA KEPADA KAMI. KHUSUSNYA YANG ENGKAU BERIKAN PEGAWAI- PEGAWAI PENERIMAAN ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG YANG MEYUMBANGKAN JUADAH PADA PAGI INI BAGI BERKONGSI KEGEMBIRAAN ATAS PENCAPAIAN YANG DITERIMA.
KAMI JUGA MEMOHON AGAR DIBERIKAN KEKUATAN UNTUK KAMI TERUS MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG TERBAIK UNTUK JABATAN DAN PELANGGAN KAMI. SEMOGA DENGANNYA KAMI DAPAT MENJULANG NAMA BAIK PERKIHIDMATAN AWAM SERTA MENDAPAT KEREDHAANMU.
RABBANA ATINA………….
WASSALAHU ALA SAIDINA MUHAMMAD…………..
WAL HAMDULILLAHI RABBIL ALAMIN.

Wednesday, August 02, 2006
Assalamu alaikum ww dan salam sejahtera,
Semoga blog ini memberikan manafaat kita bersama.
Terima kasih.
HALIMUDDIN CHONGGE
JABATAN AUDIT NEGARA
KOTA KINABALU
halimchong@yahoo.com
Semoga blog ini memberikan manafaat kita bersama.
Terima kasih.
HALIMUDDIN CHONGGE
JABATAN AUDIT NEGARA
KOTA KINABALU
halimchong@yahoo.com
Subscribe to:
Posts (Atom)